SINOPSIS NOTA KULIAH 1




Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian

3 teori utama:

Fungsionalisme:

•       Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.
•       Ia dipengaruhi bidang biologi
•       Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.
•       Perubahan berlaku secara beransur-ansur.
•       Masyarakat sebagai suatu organisma dan setiap organ ada peranan yang tersendiri.
•       Di dalam masyarakat, mempunyai suatu kesefahaman dan mereka menghargai peranan atau sumbangan masing-masing.
•       Teori ini memandang kepada integrasi dan kesetabilan di mana integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
•       Tidak terdapat ganguan fungsi dalam ahli.
•       Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
•        Masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
•       Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat
•        Merton dalam bukunya “Social Theory and Social Structure (1949)” menyokong teori ini dengan menambah, terdapat dua perbezaan fungsi elemen dalam sistem sosial iaitu
•       Fungsi nyata
•       Fungsi tidak nyata
•       Eg: Fungsi nyata adalah tugas sekolah / guru yang dirancang iaitu memberi pengajaran.
•       Eg: Fungsi tidak nyata adalah tidak berkeliaran semasa waktu rehat 
•       Kelemahan teori fungsional ialah menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasannya, mahu kearah peraturan sosial.

Konflik:

•       Diperkenalkan oleh Karl Mark.
•       Seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi berasal dari Jerman dalam karyanya “The Communist Manifest”.
•       Ia mengutamakan “determinisme” iaitu ada kuasa ramalan sesuatu.
•       Konflik bukan bermaksud ganas, tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persainagan dalam institusi agama dan sebagainya.
•       George Simmel - Konflik merupakan sesuatu yang semula jadi dalam sesuatu masyarakat.
•       Lewis Coser – konflik boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian didalam sesuatu kelompok sosial.
•       Idea teori ini dalam bentuk sosiologi ialah
•       Interaksi sosial berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara dan bukan kerjasama.
•       Perjuangan punca perubahan sosial
•       Masyarakat sentiasa di dalam keadaan berubah dan konflik sentiasa berlaku.
•       Yang berkuasa dapat memaksa orang yang lemah melalui persetujuan.
•       Setiap konflik menimbulkan kelompok baru.
•       Konflik memanjangkan kelompok sebab selepas berlaku konflik mereka akan bersatu.
•       Konflik sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan.
•       Kesan konflik adalah positif iaitu dapat penyatuan. Ia tidak merosakkan masyarakat.
•       Struktur sosial berdasarkan kuasa oleh satu kelompok.
•       Setiap kelompok dalam masyarakat mempunyai set yang sama dan seterusnya menjadi ahli dalam kelas sosial.
•       Konflik kelas bergantung kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial. Yang utama sekali ialah faktor ekonomi.

Interaksionisme

•       Teori ini dipengaruhi ahli sejarah sosial Jerman.
•       Beliau menegaskan, setiap individu perlu memahami dunia masyarakat daripada sudut pandangan individu.
•       Ia juga dikenali sebagai “symbolic interactionism” sebagaimana diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863-1931).
•       Simbol digunakan oleh manusia untuk berinteraksi.
•       Contoh: bendera sesebuah negara, jika dikibarkan, peserta mewakili negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya.
•       Dengan kata lain, ia tidak akan menumpu kepada perkara-perkara yang lebih besar melibatkan ekonomi dan negara.
•       Ciri-ciri teori ini:
1.       Interaksi sosial harian.
2.       Individu dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.
3.       Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak-geri, lambang dan sebagainya.
4.       Komunikasi dan cara hidup manusia ada simboliknya. Eg – pemberian hadiah ada maksudnya.
*      Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
*       Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
*       Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
*       Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
*       Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra
*       Makna adalah sesuatu yang dirundingkan 
*       Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan 
               proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks
*      Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
*      Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
*      Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya  menentukan tindakan atau aksi yang sesuai
*       Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk       kumpulan masyarakat

•      Kelemahan teori ini ia tidak melihat secara menyeluruh.



Comments

Popular Posts