BAB 8- PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN




Teknik Modifikasi Tingkah Laku dan Disiplin
Teknik modifikasi tingkah laku ini merupakan satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan tngkah laku dan disiplin di dalam bilik darjah.
Antara TEKNIK modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan adalah:
      1) Peneguhan : peneguhan positif, peneguhan negatif
      2) Denda
      3) Penghapusan/pelupusan
      4) Prinsip Premack

·         Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
·         Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.
·         Menurut Skinner (1990), peneguhan adalah apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku ini akan bertambah.




·         Peneguhan terbahagi kepada 2:
1)      Peneguhan Positif
      Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi
      atau diperkuatkan lagi.
      Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
      Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti
1.      Memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
2.      Memberikan senyuman yang ikhlas
3.      Menepuk bahu pelajar sebagai tanda bangga.
4.      Memberi hadiah
2)      Peneguhan negatif
      Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
      Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.
      Peneguhan dapat dilakukan secara berterusan atau berkala.
3)      Denda
      Denda adalah satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
      Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
      Contohnya, murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.
4)      Pelupusan atau penghapusan
      Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
      Bertujuan mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
      Sebagai contohnya, jika  guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, dia boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah.

5)      Prinsip premack
      Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”.
      Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
       Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

Kesan Teknik Modifikasi Tingkah Laku Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
      Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
      Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
      Prinsip pelupusan/penghapusan sesuai  untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
      Membantu pelajar menguasai konsep supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
      Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.
Ciri – Ciri Tingkah Laku Positif Dan Tingkah Laku Negatif
      Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.
      Kajian membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.
      Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.
      Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
      seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif atau negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

      Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku :
o   penumpuan yang singkat,
o   memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas,
o   terlalu bergantung kepada seseorang,
o   tidak mesra dengan guru dan orang lain,
o    gopoh dan tidak sabar,
o   motivasi kendiri rendah,
o   agresif,
o   melanggar perintah,
o   sentiasa mempunyai perasaan negative,
o   memberi jawapan sesuka hati,
o   kurang kemahiran mengawal emosi,
o   perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

      Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin
o   Setiap masalah mempunyai jalan menyelesaian. Oleh itu, tatacara menyelesaikan masalah disiplin penting dilaksanakan disekolah. Antara tatacara seperti berikut:
o   Guru yang menerima aduan itu perlu memastikan kebenaran dan segala aduan dan kesalahan adalah dianggap secara objektif.
o   Ketepikan perasaan marah dan elakkan dari membuat kesimpulan terburu-buru tanpa menyiasat.
o   Guru perlu menentukan bahawa ada bukti berkaitan dengan tuduhan tersebut.
o   Pastikan suasana adalah tenang antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan.
o   Beri peluang kepada pelajar untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan.
o   Pelajar diberi peluang untuk membela diri, hak untuk didengar dan mengemukakan alasan dalam bentuk bertulis.
o   Pihak lembaga Disiplin akan membuat keputusan dan hukuman dikenakan jika didapati pelajar benar-benar bersalah.
o   Pihak lembaga akan memberitahu ibu bapa pelajar.
o   Pelajar akan dikenakan hukuman gantung dari persekolahan dalam tempoh masa yang ditentukan atau tindakan lain yang bersesuaian.

      Faktor-Faktor Masalah Disiplin Pelajar
o   Faktor diri pelajar
§  Mereka gagal mengawal hawa nafsu diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba
§  Pelajar gemar mencuba pelbagai perkara yang baru tanpa memikirkan kesannya
§  Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri
§  Maka berlakulah kisah-kisah pelajar yang menghisap rokok, ponteng sekolah dan merosakkan harta benda sekolah
o   Faktor ibu bapa dan keluarga
§  Ibu bapa merupakan insan terdekat di anak-anak & persekitaran rumah dikatakan sebagai kilang yang membentuk keperibadian seseorang
§  Persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif spt kemiskinan serta kekurangan kemudahan menyebabkan pelajar menghadapi ketegangan emosi. Hal ini akan membuatkan tingkah laku pelajar di sekolah akan bermasalah disebabkan mereka terbawa emosi mereka dari rumah.
o   Faktor sekolah
§  Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu masalah disiplin pelajar
§  Merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas
§  Pelajar beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah
      Kesan masalah displin pelajar
o   Kesan kepada diri sendiri
§  Tidak dapat menumpuhkan perhatian kepada proses P&P dalam kelas menyebabkan prestasi mereka merosot
§  Menimbulkan masalah kepada pelajar lain
o   Kesan kepada sekolah
§  Menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan guru dan pelajar dari luar serta ibu bapa
§  Rekod buruk sekolah akan menjejaskan nama baik sekolah sebagai tempat melahirkan modal insan kelas pertama
o   Kesan kepada negara
§  Imej baik sesebuah negara itu dapat dilihat melalui sifat, tingkah laku serta akhlak wargenegaranya dalam kehidupan seharian.
§  Memberi kesan yang negatif kepada negara mengenai pandangan dunia luar. Para pelancong tidak akan datang ke negara yang mempunyai masalah sosial. Hal ini kerana, mungkin mereka akan bimbang akan keselamatan mereka. Apabila keadaan ini belaku, ia akan menjejaskan institusi perlancong negaraseterusnya menjejaskan ekonomi negara.
      Rumusan
o   Disiplin penting bagi membolehkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan teratur.
o   Disiplin membolehkan aktiviti proses pengajaran yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan teratur tanpa gangguan.
o   Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani maalah tingkah laku disiplin pelajar sebelum nasi menjadi bubur.
o   Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastic daripada semua pihak patut dilaksanakan.
o   Tindakan dari satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

Comments

Popular Posts