BAB 10- PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


•Menurut KamusDewan Bahasa & Pustaka edisi yg ke-4 (LINK)


     
Dalam pengertian umum, budaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.


MODEL BUDAYA SEKOLAH(LINK 1) (LINK 2)


*Menurut Hoy dan Miskel (1996), telah mendefinisikan bahawa budaya sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.
*Ini bermakna sekolah yang sihat berjaya mengurus tekanan dari luar dan berkesan menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan organisasi.

2). Model Iklim Organisasi

*Model ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan.
*Iklim organisasi atau dengan kata lain budaya organisasi itu akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian- Payne dan Pugh (1976).

3). Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)

*Dalam model ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehsuaian dan fleksibel.
*Kelima kriteria ini adalah penting untuk mendefinisikan tentang kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuain. Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif iaitu para pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan boleh berhadapan dengan masalah yang timbul. -Mott (1972)





JENIS BUDAYA DISEKOLAH (LINK)

Budaya Instrumental

        Penekanan diberi kepada kemahiran dan sikap pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
       Sekolah memberi nilai yang tinggi kepada pencapaian yang tinggi dan kaedah – kaedah yang baik untuk mencapai matlamat ini.

Budaya Ekspresif

       Penekanan diberi kepada aspek – aspek seni, kreatif dan aspek – aspek yang menarik minat pelajar
       Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar .
        Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan, serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.

Budaya Moral

       Dapat dilihat melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar dan guru




CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUDAYA DISEKOLAH

1)   VLE-Frog: memberi pendedahan kepada guru-guru dan ibu bapa tentang kepentingan penggunaan VLE-Frog dalam PdP.
2)   Kegagalan Capaian Internet: pihak sekolah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk memperbaiki capaian Internet.
3)   TVET: mengubah mentaliti masyarakat yang memandang serong terhadap pembelajaran kemahiran vokasional.
4)   Budaya Penyayang: perlu dijalankan secara konsisten.




Comments

Popular Posts