BAB 5- PENGURUSAN BILIK DARJAH


Ø  Pengurusan bilik darjah masa ini adalah kompleks kerana melibatkan aspek pengurusan serta pengajaran dalam satu masa yang sama. Di sekeliling guru adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melalui anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.
Ø  Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
Ø  Ini adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).
Ø  Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran.

Ø  CIRI-CIRI BILIK DARJAH ABAD KE-21
o   Guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif
o   Fokus bilik darjah abad ke-21 adalah pada murid
o   Kolaborasi kurikulum berasaskan projek digunakan di dalam kelas
o   Dapat membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi dapat kemahiran komunikasi yang berkesan

Ø  Susun atur bilik darjah abad ke 21
o   Dari segi susunan fizikal bilik darjah,
o   Meja dan kerusi disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan
o   Membolehkan pelajar terlibat aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
o   Konsep utama yang boleh diguna pakai adalah campfire dan watering hole.
        





Ø  Kemudahan bilik darjah abad ke 21
o   Dilengkapi dengan kerusi dan meja yang mencukupi
o   Papan hitam atau papan putih
o   Sudut objektif
o   Ruang paparan hasil kerja murid
o   Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
o   Sudut objektif
o   Traffic light card
o   Parking lot

Ø  Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah:


Ø  Strategi menangani masalah dalam bilik darjah
o   Strategi menangani masalah tingkah laku disiplin pelajar yang berkesan ialah bersikap tegas dengan pelajar.
o   Ketegasan bermaksud guru perlu bijak memperjelaskan ekspektasinya kepada pelajar.
o   Guru perlu tegas dengan memperjelaskan prosedur dan peraturan di bilik darjah serta ekpektasi yang guru harapkan daripada pelajarnya sebagai isyarat kepada pelajar supaya bertingkah laku seperti yang dikehendaki dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk melampaui garis paraturan yang telah ditetapkan.
o   Strategi ini mungkin lebih sesuai digunakan bagi para pelajar yang tingkah laku mereka sukar dikawal ataupun mereka kurang mendapat perhatian dan layanan kasih sayang di rumah.

Ø  Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah seharusnya menjadi aspek yang penting dalam usaha ke arah sistem pendidikan yang terbaik selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi. Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pendidikan abad ke-21 telah menampakkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Pengurusan bilik darjah yang dikatakan juga menjadi salah satu faktor kecemerlangan pelajar.












Comments

Popular Posts