BAB 3- ORGANISASI DAN KEPIMPINAN



Bab 3
        Organisasi merupakan sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
        Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan,pencapaian,kejayaan pemimpin dan sebagainya.
        Menurut Kamus Dewan Bahasa:
o   Organisasi adalah keupayaan memimpin melalui tauladan
o   Kepimpinan adalah kesatuan yang terdiri daripada bahagian dalam sesuatu pertumbuhan untuk tertentu

        Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi, misi kedepan
        Pimpinan dalam organisasi adalah jabatan/ posisi seseorang dalam  sesebuah organisai
        Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin
        Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi.
        Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd karim 1989).
        Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma.
        3 model kepimpinan:
o   1. Pendekatan klasik/ mekanistik:
Mempunyai ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi
o   2. Pendekatan neo-klasik (hubungan manusia) :
Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan.
o   3. Pendekatan sistem :
Model ini memberi tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain

        Gaya kepimpinan
o   Autokratik:
-Mementingkan pelaksanaan tugas. Seseorang itu memimpin dengan     menggunakan sumber kuasa formal.
-Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
o   Demokratik:
-Menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.
-Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil

o   Laissez-faire:
-tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupu hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan.
-Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.

        Kesimpulannya:
o   Pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
o   Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh suasana organisasi berkenaan, yang dikenali sebagai iklim organisasi.
o   Iklim organisasi yang baik dan positif membentuk gelagat pekerja yang positif dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi.
o   Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi dalam sistem pendidikan. Keberkesanan fungsi sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru.






Comments

Popular Posts