BAB 1- MENGURUS PEMBELAJARAN
APA ITU PENGURUSAN PEMBELAJARAN ?
Pengurusan
Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena
pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi
pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai
prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar.
Dari segi pandangan beberapa orang tokoh terkemuka:
Dari segi pandangan beberapa orang tokoh terkemuka:
• Mengurus
pembelajaran ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya
usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984)
• Pengurusan
merupakan suatu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk
mencapai matlamat ( Robbin, 1984)
• Pembelajaran
ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat
pengalaman yang diperolehi oleh sesorang atau akibat latihan yang dijalankan
(Hilgard & Atkinsion, 1975)
Definisi
Pengurusan Pembelajaran
Proses
merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau
memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru,
menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan
memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar
ianya berjalan sebagaimana yang dirancang
Kepentingan
Pengurusan Pembelajaran
1. Berperanan
dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi
dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai
objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan
pengawalan kelas yang berkesan
Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan sistem pendidikan tersebut tidak dapat
dijalankan dengan baik dan antara faktornya:
- Kekurangan
kos pembiayaan pendidikan
- Kekurangan
kebajikan untuk guru
- Bimbingan
ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan
- Perbezaan
jantina
RUMUSAN:
Pendidikan
penting dalam membantu negara menjadi sebuah negara membangun.
Sistem pendidikan
yang baik adalah sistem yang mudah diakses dan tidak membebankan pelajar.
Sistem pendidikan
Malaysia adalah penting untuk menangani beberapa masalah yang dijangka di masa
hadapan dan bertindak sebagai platform pembangunan modal insan dalam memberi
sumbangan kepada politik, sosial dan ekonomi negara
Comments
Post a Comment