BAB 3- ORGANISASI DAN KEPIMPINAN



Bab 3
■        Organisasi merupakan sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
■        Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan,pencapaian,kejayaan pemimpin dan sebagainya.
■        Menurut Kamus Dewan Bahasa:
o   Organisasi adalah keupayaan memimpin melalui tauladan
o   Kepimpinan adalah kesatuan yang terdiri daripada bahagian dalam sesuatu pertumbuhan untuk tertentu

■        Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi, misi kedepan
■        Pimpinan dalam organisasi adalah jabatan/ posisi seseorang dalam  sesebuah organisai
■        Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin
■        Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi.
■        Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd karim 1989).
■        Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma.
■        3 model kepimpinan:
o   1. Pendekatan klasik/ mekanistik:
Mempunyai ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi
o   2. Pendekatan neo-klasik (hubungan manusia) :
Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan.
o   3. Pendekatan sistem :
Model ini memberi tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain

■        Gaya kepimpinan
o   Autokratik:
-Mementingkan pelaksanaan tugas. Seseorang itu memimpin dengan     menggunakan sumber kuasa formal.
-Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
o   Demokratik:
-Menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.
-Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil

o   Laissez-faire:
-tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupu hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan.
-Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.

■        Kesimpulannya:
o   Pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
o   Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh suasana organisasi berkenaan, yang dikenali sebagai iklim organisasi.
o   Iklim organisasi yang baik dan positif membentuk gelagat pekerja yang positif dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi.
o   Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi dalam sistem pendidikan. Keberkesanan fungsi sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru.






Comments

Popular Posts